Istilah "Brexit" Brexit

Istilah Brexit (atau pada awalnya, Brixit[26]) berakar dari gabungan perkataan "British" dan exit (keluar) diperolehi melalui analogi daripada Grexit yang merujuk kepada pengeluaran negara Yunani dari zon Euro (dan mungkin juga Kesatuan Eropah). Istilah "Brexit" mungkin telah terlebih dahulu digunakan untuk merujuk kepada kemungkinan pengeluaran UK dari EU oleh Peter Wilding dalam blog spot EurActiv pada 15 Mei 2012. Istilah "hard Brexit" ("Brexit keras") dan "soft Brexit" ("Brexit lembut") banyak digunakan secara tidak rasmi dan difahami untuk menggambarkan hubungan bakal antara UK dan EU selepas pengeluaran, dari tahap keras yang boleh melibatkan perdagangan UK dengan EU seperti mana-mana negara bukan ahli EU lain di bawah peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia tetapi tanpa kewajipan menerima pergerakan bebas manusia, hingga ke tahap lembut yang mungkin melibatkan pengekalan keanggotaan UK dalam pasaran tunggal EU untuk barangan dan perkhidmatan dan sekurang-kurangnya beberapa pergerakan bebas manusia mengikut peraturan Kawasan Ekonomi Eropah.[27]